amira.aina92
3 tahun
Payudara sebelah kiri sakit & bertukar warna hitam
Hi Doktor. Salam sejathtera. Saya berusia 29 tahun baru shj melahirkan anak 9 bulan yang lepas & berhenti menyusu badan ketika anak berusia 2 bulan. Saya ada soalan untuk bertanya sejak 4 hari lepas payudara kiri saya kerap sakit bila ditekan & warna aerola saya menjadi hitam berbeza dengan sebelah kanan normal & tak sakit. Bawak perut saya kerap sakit hingga ke tumit kaki. Adakah faktor seperti rahim menekan urat yg menyebabkan kaki saya sentiasa lenguh?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit payudara.
Untuk makluman anda, sakit payudara sering berlaku kepada wanita. Ia mungkin disebabkan oleh perkara serius ataupun tidak. Saya tidak boleh menyimpulkan keadaan anda tanpa pemeriksaan fizikal dilakukan. Di sini saya kongsikan sebab yang biasa berlakunya sakit payudara, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.