cikguzilah13
6 tahun
Payudaya bengkak dan lengan berasa berdenyut
Salam…saya seorang guru dan berumur 31 tahun.sekarang saya sedang hamil 3 bulan.dalam 2 3 minggu ni saya sedar bahawa payudara sebelah kiri saya ada benjolan kecil di tengah2 berhampiran aerola.apabila ditekan dan tersentuh saya akan berasa sakit.lengan dan dada kiri saya juga selalu berdenyut.untuk pengetahuan doktor juga,anak saya 2 tahun baru putus susu 2 bulan lepas.saya risau jika saya terkena barah payudara seperti sepupu saya.kalau ia ada kena mengena dengan bengkak disebabkan putus susu atau hamil mujurlah.tapi kalau barah…ya Allah…tolong saya doktor.saya risau nak pergi ke klinik atau hospital jika ia betul.terima kasih doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah sakit payudara yang puan alami boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































