Sulit
3 tahun
Pearly Penile Papules (PPP)
Saya lelaki umur 20, Saya Ada Pearly Penile Papules Di kemaluan saya adakah ia bahaya Dan saya Akan pergi temuduga tentera adakah saya tidak Akan dibenarkan untuk menyertai kerana PPP… terangkan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Namun begitu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan kerana ia tidak semestinya diagnosis seperti yang diberikan oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan kepada anda dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Berkenaan temuduga tentera pula, kami tidak mempunyai jawapan yang khusus kerana ia bergantung kepada pegawai yang menemuduga anda.
Sekiranya anda memerlukan pencerahan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.