
Anonymous
6 tahun
Pedih apabila kencing, dan ngilu pada vagina bila bergerak
Saya mengalami rasa ngilu pada tempat kemaluan bahagian dalam saya sejak 4 hari lalu, apabila bergerak terlalu kasar atau menghempas duduk saya akan terasa sakit pada lubang kemaluan. Di ikuti dengan keputihan yg hampir kuning tp tidak berbau sepanjang hari semasa menahan sakit. Selang 2 hari saya mula rasa pedih apabila membuang air kecil, saya kerap ulang kencing dn jumlah hanya sikit dan juga sakit. Kadang kadang ada terasa bahagian atas perut kiri dan kanan terasa sakit atau berat, saya tak pasti tentang sakit ini sebab i dtg sesekali saje.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan masalah yang anda hadapi, antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin
- Radang pelvis
- Radang vagina atau vulva
- Masalah diabetes juga boleh menyebabkan gejala kerap kencing, biasanya ia tidak disertai dengan gejala sakit dan pedih, namun pesakit diabetes juga lebih mudah mendapat jangkitan pada saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut perlulah didapati sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Menurut simptom anda, kemungkinan anda mengalami penyakit Pelvic Inflammatory Disease atau radang pelvis.
PID adalah jangkitan organ reproduktif. Jangkitan seperti gonorrhea dan Chlamydia boleh menyebabkan masalah ini. Jangkitan ini boleh menular ke organ reproduktif daripada vagina sekiranya anda tidak merawat jangkitan tersebut dengan effektif.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian yang sesuai dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.