Sulit

3 tahun

Pedih ulu hati / gastrik / anxiety

Dari zaman sekolah, sya memang ada masalah gastrik, lepas shja habis sekolah, sya hnya di rumah dan tidak bekerja, jadi saya mengalami anxiety, sya cepat takut tiba2, rsa gelisahh, perasaan takut mati tu sngt kuat, rasa mual2, rasa kebas dan sesak nafas. Saya anggap semua tu anxiety. Tpi skrng ini, saya rsa sya tak bole nak makan bnyk dalam satu masa, sbb sy akan sendawa bnyk kali, dan kadang2 sya akan rsa ulu hati, tiba2 rsa kebass, mungkin tercampur dngn anxiety agaknya. saya masih keliru dngn penyakit sya, bila sya jumpa doktor, doktor kata sya anxiety, doktor kata sya gastrik, sya pun tak pasti. Tpi apa yg penting, sya rsa kepala saya pening, mata kabur2, lepas tuu rsa kembung perut, pedihh tekak, kebas2 sikit, dan perasaan kacauu bilau sikit, rsa gelisahh ja. Kadang2 susah nak tidur malam… Perluka saya dapatkan rawatan doktor lagi?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterang anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pedih ulu hati, gastrik, mual, kekebasan serta sesak nafas yang berlaku sejak zaman sekolah. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami tersebut boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak.

Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah anda iaitu:

  • Penyakit refluks esofagus, dimana asid dalam perut telah naik ke kerongkong sehingga menyebabkan iritasi pada esofagus dan juga tekak.
  • Penyakit kronik keradangan gastrk. (Chronic Gastritis)
  • Ulser perut yang boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu: asiditi perut yang berlebihan seperti penyakit Zollinger Ellison Syndrome atau jangkitan bakteria iaitu H.Pylori
  • Ulser duodenum
  • Kadankala ia boleh disebabkan oleh perkara yang umum seperti obesiti, banyak makan pedas dan minum minuman kopi, merokok dan juga stress.
  • Kanser esofagus atau penyakit esofagus yang lain seperti keradangan (Esophagitis)
  • Kanser Perut
  • Perut yang telah tersondol ke atas diafragma (normal perut adalah di kedudukan bawah diafragma) - Hiatal Hernia.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda kerana kemungkinan besar anda mengalami penyakit refluks esofagus atau GERD yang berkait dengan masalah anda. Namun, anda mungkin akan melalui siasatan lanjut mengenai kesihatan anda di hospital nanti untuk mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

woman-stomachache-wall-background_42682-293%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)