Sulit
3 tahun
Pelan pemakanan dan kalori yg perlu diambil bagi pesakit demam
Saya perlukan pelan pemakanan dari pagi hingga ke malam bagi pesakit demam biasa. Saya juga ingin tahu jumlah kalori yg perlu diambil bagi pesakit yg mempunya penyakit demam biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Sedikit petunjuk dalam mengkaji kalori dan pemakanan adalah bahawa jumlah keperluan kalori harian (kCal) perlu dihitung menggunakan jadual dan formula berdasarkan maklumat-maklumat berikut:
- jantina
- usia
- jenis pekerjaan (dikategorikan kepada ringan, sederhana dan berat)
- penyakit tertentu yang memerlukan modifikasi diet seperti diabetes melitus (kencing manis)
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.