Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Peluh berlebihan di bahagian kepala dan muka

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 14, 2019 8:51 AM

Anonymous 3 bulan

Sy berumur 32 tahun dan mengalami masaalah peluh berlebihan di bahagian kepala dan muka…sy akan cepat berpeluh biarpun membuat sedikit kerja dan berada di pancaran matahari biarpun skejap.apakah cara dan cadangan untuk sy menyelesaikan masaalah yang sy hadapi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.

Peluh yang berlebihan yang dikaitkan dengan hiperhidrosis biasanya paling aktif di tangan, kaki, ketiak, dan pangkal paha kerana konsentrasi kelenjar peluh yang agak tinggi. Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:

  • Hiperhidrosis idiopatik atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
  • Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan atau kesan sampingan ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa remaja.

Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:

  • Antiperspiran : Deodoran tidak menghentikan peluh, tetapi semburan antiperspiran boleh membantu. Sesetengah antiperspirator preskripsi termasuk aluminium klorida boleh menjejaskan kelenjar peluh.
  • Iontoforesis : Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
  • Ubat antikolinergik : Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
  • Botox : Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
  • Pembedahan : pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
  • Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 14 2019 08:51:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tapak tangan berpeluh dan basah Apakah ubat yg patut sy ambil utk penyakit tapak tangan berpeluh ni? Baca lagi...
10 bulan
bayang2putih
Berpeluh pada bahagian muka Saya Lelaki berusia 29 tahun,saya seorang yang suka melakukan aktiviti luar rumah dan banyak berpeluh … Tetapi akhir-akhir ini saya kuat berpeluh pada bahagian muka sahaja sehingga menghalang pengliha… Baca lagi...
30 hari
Sulit
Saya mengalami masalah kuat berpeluh selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak beberapa tahun dahulu sehingga sekarang saya kerap berpeluh di bahagian dahi,mulut,dan leher kadang kadang di bahagian tangan…keadaan in… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Masalah kuat berpeluh di badan saya wanita berumur 17tahun. saya telah berjumpa dengan doktor tentang masalah berpeluh saya dan doktor itu cuma mencadangkan saya untuk menurunkan berat badan. saya cuba namun ia memakan masa t… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Badan rasa melekit selepas mandi dan basuh tangan tapi tak tahu sebab dr saya wanita berumur 23 tahun, dah 3 hari saya rasa badan melekit apabila mandi dan lepas mandi, dan tangan melekit apabila basuh tangan, tapi selepas itu macam biasa dan akan berulang bila ke… Baca lagi...
39 jam
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15