
Sulit
5 tahun
Pemakaian tentang iu
sy baru pasng alat iucd utk kali ke2…sbb kali pertama pakai 5bulan iucd sy tlkuar smasa sy period…nie pakai utk kali ke2…baru seminggu…bila masukkn jari terasa hujung benang dihujung jari…adakah itu normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pemakaian IUCD sememangnya akan menyebabkan sedikit benang alat tersebut mudah dirasai bagi membolehkan doktor mengeluarkannya apabila sudah sampai tempohnya. Sekiranya anda berasa bahawa benang tersebut terlalu panjang, maka anda boleh berjumpa dengan doktor anda semula bagi penyelarasan alat tersebut. Sekian.