Sulit
3 tahun
Pembedahan Apendik, ikhtiar utk hamil
Hai Dr, sy baru jalani pembedahan apendik pd bln Disember 2020 baru nie.
Dlm masa yg sama, sy sedang cuba utk hamil. Jadi sy nak mtk pendapat doktor, berapa lama sy perlu rehat utk hamil selepas drp pembedahan nie?
Dan sy pernah lewat haid 7 hari pd bulan Jan 2021, adakah ini disebabkan oleh pembedahan tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Proses penyembuhan seseorang selepas proses pembedahan adalah berbeza beza, jadi anda disarankan untuk menunggu sehingga luka pembedahan sembuh sepenuhnya sebelum merancang untuk mengandung. Untuk mengetahui sama ada tubuh badan anda telah sembuh sepenuhnya selepas pembedahan, anda perlu mendapatkan kepastian daripada doktor yang merawat anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih