Sulit
3 tahun
Pembedahan mata perlu atau tidak?
Saya mengalami mata sebelah kecil dan besar yang menampakkan sedikit juling. Kalau orang lain tengok mungkin tak perasan. Kalau saya suruh tengok, baru nampak juling tu. Adakah tindakan melakukan pembedahan mata itu perlu ? Sbb keadaan ini buatkan saya kurang confident utk berdepan dgn orang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Sekiranya masalah juling yang dihadapi anda mengganggu penglihatan anda, konsultasi bersama pakar mata perlu dilakukan bagi melihat jika perlu pembedahan dilakukan. Terdapat pelbagai aspek perlu diambil kira untuk menentukan keperluan suatu pembedahan. Ia juga berkait kepada faktor kesihatan anda, maka sejarah kesihatan anda adalah penting untuk diketahui sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu anda perlu mendapatkan nasihat pakar mata berkenaan hal ini.
Lihat di sini untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda