Sulit
6 tahun
Pemeriksaan kesihatan kelamin
Saya cuma mahu memeriksa kesihatan kelamin saya, saya lelaki berumur 24 tahun. Saya pernah terlibat dalam pergaulan sex bebas pada awal tahun ini tetapi tetapi sudah keluar dari tabiat itu sekitar 4-5 bulan yang lalu. kesemua hubungan sex tersebut saya lakukan dengan memakai kondom. Jadi saya cuma mahu tahu kesihatan kelamin saya. Dimana boleh saya lakukan pemeriksaan dan berapakah caj yang dikenakan bagi setiap pemeriksaan? Harap dapat dijawab. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda perlu berjumpa dengan doktor di klinik bagi pemeriksaan kesihatan kelamin anda. Caj perkhidmatan adalah bergantung dengan klinik yang anda hadiri.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































