
Sulit
4 tahun
Pemeriksaan kesihatan untuk bekerja
Hi, saya wanita berumur 25tahun dan mempunyai DM Type 2 . Saya telah mengamalkan diet keto dan intermittent fasting dan meninggalkan ubat-ubatan termasuk insulin. Bacaan gula saya juga agak terkawal iaitu diantara 5-6mmol selepas makan. Soalan saya, semasa pemeriksaan kesihatan untuk lapor diri berkerja, jika ketone dikesan dalam urine adakah masalah buat saya? (Kerana saya memang mengamalkan pemkanan rendah karbohidrat, bukankah ia normal jika terdapat ketone dalam urine). Dan jika keputusan ujian urin dan darah saya yang lain termasuk bacaan glukosa memunjukkan bacaan normal,adakah saya boleh melaporkan diri untuk bekerja ? (Maksud saya adakah dr. Akan meluluskan saya untuk melapor diri bekerja walaupun saya mempunyai DM).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dialami.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk makluman anda, ia adalah perkara normal jika terdapat kehadiran ketone di dalam air kencing. Namun, jika kandungan ketone yang terlampau tinggi di dalam air kencing, hal ini boleh menjadi perkara yang serius kerana ia mungkin menyebabkan diabetic ketoacidosis (DKA). DKA ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
Oleh itu, bagi mendapatkan bacaan ketone yang normal dalam air kencing, disarankan untuk anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.