Sulit
2 tahun
Pemeriksaan Testis dan apa yang perlu saya katakan kepada doktor untuk pemeriksaan
Saya telah memasuki umur 40. Soalan saya, adakah saya perlu utk pergi kepada doktor utk membuat pemeriksaan pada bahagian testis, kerana saya tidak pernah membuat pemeriksaan selama ini.
Jika perlu, apa yg saya perlu katakan kepada doktor utk melakukan prosedur ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang perkara yang perlu diberitahu sekiranya ingin melakukan pemeriksaan pada bahagian testis. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, kebanyakkan pesakit akan melakukan pemeriksaan bahagian kelamin apabila mereka mempunyai simptom-simptom tertentu, namun anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala walaupun tidak mempunyai apa-apa simptom. Anda boleh meminta melakukan prosedur atas sebab pemeriksaan kesihatan testis secara am.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut atau meminta pandangan daripada doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.