nurulnajwaazizan
6 tahun
Pemilihan Perancang Kehamilan
Saya wanita berumur 32 tahun, lahirkan anak pertama dan kedua melalui kaedah czer, sekarang anak kedua saya baru berusia 9 bulan, sy sekarang tengah mempertimbangkan perancang yang sesuai dengan saya…lagi banyak sy membaca lagi confuse jadinya…masa anak pertama saya cucuk depo tapi period jadi x menentu…dan untuk anak kedua ni sy merancang sendiri dengan suami tapi setiap kali bersama takut plak termengandung lagi… suami suruh sy mkn pil tapi sy x pasti pil jenis apa yang sesuai untuk sy, adakah sy boleh beli terus dari farmasi sahaja atau perlu consult dengan doc dulu…awal-awal dulu pilih untuk pakai IUCD tapi lepas baca banyk review saya berubah fikiran…harap doc boleh bantu sy dalam hal ini
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pemilihan kaedah perancangan keluarga bagi anda perlu dipertimbangkan dari segi sejarah kehamilan dan kesihatan anda. Hampir kesemua kaedah perancangan keluarga akan menyebabkan masalah ketidak-tentuan kitaran haid pada awal penggunaan. Bagi pengambilan pil, terdapat dua jenis pil iaitu pil gabungan (mempunyai hormon estrogen dan progesteron) ataupun pil progesteron sahaja. Pil gabungan sesuai digunakan jika anda tidak lagi menyusukan anak manakala pil progesteron sesuai jika anda sedang menyusu. Selain itu, kaedah seperti suntikan juga sesuai bagi ibu yang sedang menyusukan anak dan penggunaan IUCD adalah bergantung sekiranya risiko jangkitan dalam rahim atau kerosakan pada rahim (kerana sejarah pembedahan C-section). Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































