Sulit
3 tahun
Pencegahan kehamilan
Saya hanya memasukkan sedikit penis ke dalam vagina isteri saya, tetapi ini pertama kali bagi kami kerana blm bersedia ada komitment membawa maksud saya taktahu sama ada dia jenis selaput darah sdh koyak sejak lama atau belum koyak lagi, jadi pertanyaan saya adakah kehamilan akan terjadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kewujudan selaput dara yang terdapat pada wanita tidak mempengaruhi kehamilan seseorang itu secara langsung. Selaput dara merupakan satu lapisan tisu yang terdapat pada lubang faraj wanita yang boleh terkoyak ketika melakukan hubungan seks kali pertama, ataupun boleh terkoyak akibat aktiviti sukan yang berlebihan
Kehamilan boleh terjadi sekiranya si lelaki melakukan hubungan seks bersama pasangannya dan mengeluarkan air mani di dalam lubang faraj iaitu pada ruangan vagina dan serviks. Namun, persenyawaan hanya boleh berlaku pada 2 minggu selepas kedatangan haid seseorang wanita, dimana ovulasi akan berlaku untuk disenyawakan bersama sel sperma lelaki. Pendek kata, ia merupakan tempoh wanita itu subur dan kemungkinan untuk menjadi hamil adalah tinggi sekiranya melakukan hubungan seks pada waktu tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Kehamilan hanya boleh dielak dengan beberapa kaedah, iaitu:
- Melakukan hubungan seks pada waktu tidak subur, contohnya pada waktu sebaik selepas kedatangan haid
- Tidak mengeluarkan air mani di dalam lubang faraj.
- Menggunakan pil perancang
- Menggunakan kondom
- Pemasangan IUD
- Suntikan hormon seperti Depo-Provera
Oleh itu, pastikan anda tidak mengeluarkan air mani kedalam lubang faraj pasangan anda bagi mengelakkan kehamilan. Hubungan seks masih boleh diteruskan seperti biasa jika anda menurut syarat ini.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih