
Anonymous
5 tahun
Pendarahan didalam vagina, naik bintik seperti jerawat di kawasan sekitar vagina
Saya wanita, berumur 26 thn… Sy sdah brkhwin dn mmpunyai 2 org ank… Hal ini brlaku sjak 2 hari lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda timbulan bintik pada alat sulit biasanya disebabkan oleh jangkitan yis atau dipanggil candidiasis. Namun begitu, terdapat kemungkinan lain penyebab keputihan dan kegatalan tersebut seperti:
- Bacterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan kelamin
Mengenai pendarahan tersebut beberapa soalan yang harus kita tanyakan seperti adakah ia haid?dan sebagainya sebelum membuat kesimpulan terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.