Keputihan

Apakah penyakit Vaginosis bakteria dan rawatannya?

Baca Soalan

Apakah itu Vaginosis Bakterialis?

Kedua-dua bakteria "baik" dan "buruk" tinggal di dalam vagina anda. Terdapat banyak jenis bakteria hidup di kawasan tersebut. Sekiranya keseimbangan di antara mereka terjejas, anda boleh mendapat jangkitan yang dikenali sebagai vaginosis bakterialis untuk jangka masa yang pendek. Namun, anda mungkin tidak mendapat sebarang gejala atau memerlukan sebarang rawatan.

Vaginosis bakterialis adalah jangkitan vagina yang paling biasa dalam kalangan wanita berumur 15-44 tahun. Kebanyakan kes jangkitan ini tidak menyebabkan masalah kesihatan lain. Tetapi ia boleh membawa kepada isu-isu lain, terutamanya apabila anda hamil atau cuba hamil.

Lelaki tidak boleh dijangkiti vaginosis bakterialis kerana zakar tidak mempunyai keseimbangan bakteria yang sama dalam kata lain tiada (bakteria vaginosis) bv untuk lelaki . Di samping itu, vaginosis bakteria tidak menular seperti jangkitan seksual (STI). Satu kajian pada tahun 2015 melibatkan 165 lelaki yang tidak disunat telah dijalankan dan satu kesimpulan dibuat bahawa peserta yang mempunyai satu atau lebih pasangan seksual perempuan, selain daripada pasangan mereka, lebih cenderung untuk membawa bakteria yang dikaitkan dengan jangkitan ini pada zakar mereka. Perkara ini meningkatkan risiko pasangan mereka untuk dijangkiti sekiranya melakukan hubungan seks tanpa perlindungan seperti menggunakan kondom.

Penyebab Vaginosis Bakterialis

Vaginosis bakterialis berlaku apabila ada perubahan keseimbangan bakteria bakteria semula jadi dalam vagina anda.

Apa yang menyebabkan ini berlaku tidak diketahui sepenuhnya, tetapi anda lebih cenderung untuk mendapat jangkitan jika:

- anda menjalankan hubungan seks yang kerap

- anda sering bertukar tukar pasangan

- anda menggunakan alat pencegah kehamilan dalam rahim

- anda menggunakan produk pewangi di dalam atau di sekitar faraj anda

Untuk pengetahuan anda, vaginosis bakterialis tidak dikelaskan sebagai penyakit jangkitan kelamin (STI), walaupun ia boleh disebabkan oleh hubungan seks. Meskipun begitu, wanita yang tidak mempunyai hubungan seks juga boleh menghidap masalah ini.

Petanda jangkitan Vaginosis Bakterialis

50% daripada penghidap jangkitan ini tidak akan mengalami sebarang gejala. Gejala yang sering dikenal pasti oleh seseorang yang menghidap vaginosis bakterialis adalah meningkatnya pengaliran cecair daripada faraj yang biasanya berbau seperti ikan. Cecair ini sering berwarna putih atau kelabu. Simptom ini selalunya lebih ketara selepas melakukan hubungan seksual. Terdapat juga pesakit yang mengalami simptom merasa sakit seperti terbakar semasa kencing. Namun demikian, mereka tidak akan merasai kegatalan.

Vaginosis bakterialis kerap kali dikelirukan dengan jangkitan yis atau Trikomoniasis. Golongan yang mengalami jangkitan tersebut akan mengalami kegatalan berserta keputihan yang tidak berbau daripada faraj.

Pemeriksaan Vaginosis Bakterialis

Semasa anda berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan, anda akan ditanya mengenai gejala anda. Tujuan ini adalah untuk mengesahkan bahawa anda tidak menghidapi sebarang jangkitan kelamin. Doktor juga akan memeriksa kemaluan anda. Sebatang putik kapas akan digunakan untuk mengambil sample cecair pada vagina untuk menguji jangkitan lain. Ujian ini tidak menyakitkan tetapi boleh membuat anda berasa tidak selesa.

Sampel daripada faraj itu akan diambil untuk mengesan pertumbuhan bakteria lain. Untuk mengesahkan bahawa anda menghidapi vaginosis bakterialis, ujian makmal yang dinamakan Gram stain akan menunjukkan sama ada bakteria Lactobacilli wujud atau tidak dalam vagina. Kebanyakan kes akan menunjukkan beratus hingga beribu bakteria lain membiak. Terdapat juga bakteria lain yang dinamakan clue cells boleh dijumpai dalam laporan ujian makmal. Bagi penghidap masalah ini, kadar pH vagina juga akan lebih daripada 4.5. Kadar pH normal vagina adalah 3.8 hingga 4.5.

Ubat dan Rawatan Vaginosis Bakterialis

Vaginosis bakterialis biasanya dirawat atau cara pengubatan vaginosis bakteri ini adalah dengan tablet antibiotik atau gel. Anda boleh mendapatkan ubatan ini daripada klinik biasa atau klinik kesihatan seksual.

Sekiranya anda hamil, cara rawatan yang ditetapkan adalah selamat untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Pasangan selalunya tidak memerlukan rawatan, melainkan sekiranya mempunyai gejala.

Ubatan biasa yang digunakan adalah Metronidazole iaitu sejenis antibiotik untuk vaginosis bakterialis yang terdapat dalam dua bentuk iaitu sebagai pil makan atau dimasukkan ke dalam faraj

Clindamycin juga adalah sejenis antibiotik untuk vaginosis bakteri ubat yang dimasukkan ke dalam faraj. Sesetengah pesakit mencari antibiotik untuk keputihan karena vaginosis bakteri, ubat yang disarankan adalah seperti diatas. Penggunaan probiotik juga membantu mengurangkan risiko jangkitan berulang kembali.

Jangkitan vaginosis bakterialis boleh berulang, biasanya dalam jangka masa 3 bulan. Sekiranya ini berlaku anda harus, mengambil rawatan untuk jangka masa yang lebih lama iaitu sehingga 6 bulan. Jika anda mendapat jangkitan lebih daripada dua kali dalam 6 bulan, segeralah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Mereka juga boleh membantu mengenal pasti pencetus jangkitan vaginosis bakterialis seperti masalah hubungan intim atau masalah haid anda.

Vaginosis bakterialis boleh sembuh dengan penggunaan antibiotik. Walaupun selepas seorang wanita telah sembuh, jangkitan vaginosis bakterialis sering berulang. Pengambilan antibiotik yang kedua hanya diperlukan jika seorang wanita terlalu kerap dijangkiti vaginosis bakterialis sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Kesan Vaginosis Bakterialis

Kebiasaannya jangkitan ini akan sembuh sendiri dengan beberapa langkah pencegahan namun terdapat juga komplikasi yang mungkin berlaku sekiranya tidak dirawat.

  • Masalah kehamilan- Boleh meningkatkan risiko jangkitan vaginosis bakteri pada anak dalam kandungan sekiranya ibu hamil yang dijangkiti tidak dirawat. Sebagai contoh, akan menyebabkan kandungan tidak cukup berat badan atau lahir tidak cukup bulan.

  • Jangkitan pada lapisan dinding rahim (endometritis) selepas bersalin

  • Meningkatkan risiko penyebaran penyakit jangkitan kelamin seperti HIV.

Cara mencegah Vaginosis Bakterialis

Terdapat beberapa cara anda yang boleh lakukan untuk menjaga kesihatan alat kelamin anda:

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan:

  • Gunakan air dan sabun mandi yang biasa untuk mencuci tempat sulit

  • Elakkan berendam semasa mandi sebaliknya gunakan pancuran air.

  • Apabila anda mencuci bahagian sulit anda, lap dari depan ke belakang, daripada faraj ke arah dubur anda.

  • Gunakan kondom sebelum zakar menyentuh vagina, mulut, atau dubur. Bersihkan mainan seks selepas setiap penggunaan.

  • Hadkan bilangan pasangan seks anda. Dapatkan ujian untuk jangkitan penyakit kelamin bagi anda dan pasangan.

Elakkan daripada perkara yang berikut:

  • Penggunaan sabun yang sangat wangi dan berbuih seperti sabun mandi gel

  • Berendam dalam mandian buih

  • Mencuci kemaluan dengan wangian seperti deodorant

  • Menggunakan sabun pencuci pakaian dalam yang mempunyai pewangi yang kuat

  • Merokok

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?