
Sulit
5 tahun
Pendarahan mengadung
Saya wanita berumur 23tahun . Pada 30/9 saya dapat tahu yang saya mengandung dan ini kandungan saya yang pertama …tapi pada 6hb berlaku pendarahan keatas saya dan saya terus pergi hospital sampai di hospital doc pakar perempuan yang check saya dari bawah dah mmng tidak ada kantung yg terdapat di skrin dan doc sudah masukkan mucung itik saya tak tahu untuk apa sebab masa tu saya dah risau …cuma doc pelik sebab kalau saya keguguran jalan saya akan bukak di bawah tapi tidak bukak dah doc tkt saya mengdung luar rahim jadi saya kena tahan wad untuk satu malam dah darah saya di amil malam itu … pada keesokkan hari 7hb saya kne scan lagi skli di bawah oleh doc pakar yg lain pula dan bila scan terdapat kantung yang kecil dalam angran 5week … dan doc bagi tahu keputusan darah saya tinggi iaitu 200 (saya x pasti ) dan doc bagi tempoh 2 week untuk check balik sama ada kantung saya menjadi atau tak … tapi saya masih lagi ada pendrahan tapi x banyak kadang2 satu hari ada kdng2 xadA… kalau ada pun cuma setitik ke dua titik sahaja … pada 15hb saya buat urin sendiri dia rumah dah keputusan nya negatif …saya berdebar bila dapat tahu negatif …saya nak tanya adalah saya sebenarnya keguguran ? Kalau betul saya keguguran jadi masa scan tu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan. - persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sebab-sebab lain yang lebih serius apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu boleh:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang banyak terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.