
Sulit
4 tahun
Pendarahan ringan Trimester Pertama
Salam Doktor, sekarang ni hamil utk anak yang pertama dan dah masuk 6 minggu. Tetapi ada sedikit pendarahan coklat keluar. Adakah ini normal? atau berbahaya utk kandungan yg masih baru?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pendarahan coklat trimester pertama yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara penyebab pendarahan pada awal kehamilan adalah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
- Kehamilan molar: Hasil ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin yang sedang membesar.
- Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
- Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Bila anda harus berjumpa dengan doctor?:
- Pendarahan yang berlangsung lebih daripada 24 jam
- Pendarahan banyak, beserta tisu, sakit ari-ari, senggugut, demam atau menggeletar
Nyatakan kejadian pendarahan coklat ini kepada doktor yang memeriksa anda untuk temujanji antenatal yang seterusnya.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.