Sulit
2 tahun
Pendarahan sedikit selepas keguguran
Hi, saya berumur 23 tahun. Saya pernah keguguran pada 1 dec 2020. Kandungan tiada degupan jantung pada minggu ke 9. Jatuh dgn sendiri pada minggu ke 11.
Pada pertengahan mac 2021. saya dpt tahu saya mengandung semula. Pada minggu ke 5, saya pergi scan. Masih tiada kantung. selang beberapa hari. saya keguguran. darah bermula sedikit spotting sehingga gugur dgn sendiri nya. Pada 31 mac, saya ke hospital kerana terlalu sakit. doctor sahkan complete miscarriage. UPT juga weak positive.
Darah keguguran berhenti pada 8 april. Tiada darah lagi. Saya mula bersama suami 4 atau 5 hari selepas itu. kemudian darah kembali semula. tak banyak. sehari dlm 3 atau 4 titik. Anggaran sebesar 20sen syiling & waktu buang air kecil akan keluar setitik dua. Mula nya berwarna coklat dan skrg berwarna merah darah.
Kebetulan saya ada lebihan UPT. saya buat test. Naik double line sangat terang. Saya berfikir ini hanya hormon saya tak kembali normal.
Tapi sampai ke hari ini. darah masih keluar. walaupun setitik setitik. dia akan keluar setiap hari. Terutamanya apabila saya banyak berjalan. Saya juga ada mual mual. adakah ini sebab hormon saya tk kembali normal? walaupun sudah 22 hari? saya keguguran di awal kehamilan iaitu 5 minggu 5 hari.
Dua hari lepas saya sakit pinggang belah kiri yang sangat sangat. Saya juga perasan bawah perut saya kiri dan kanan seperti membenjol. Saya dpt rasa benjol itu bila saya tekan.
Apakah punca yg saya alami ni?
Darah bewarna merah keluar anggaran 20sen setiap hari selepas bersama pada 11/4 iaitu 4 hri selepas tamat darah keguguran
Mula rasa mual & payudara berdenyut. Awalnya simptom sudah hilang. tp kembali semula sejak 4/5 hari.
UPT on off. 31/3 weak positive. 13/4 positive. 14/4 kembali negative & latest 18/4 weak positive.
Sakit pinggang sebelah kiri & Benjolan di bawah perut bahagian ari ari kiri dan kanan. Dapat rasa benjolan saat ditekan sedikit. tak ditekan pun terasa ada benjolan.
Harap soalan saya jelas & appreciate your answer doctor.
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian kehamilan menggunakan hormon yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang boleh dijumpai dalam air kencing. Selepas keguguran, kadar hCG akan kembali normal (kurang daripada 5mIU/L) sekitar 4 - 6 minggu selepas keguguran.
Disebabkan ujian kehamilan sekarang sangat sensitif, kadar hCG yang kecil mampu memberikan hasil yang positif. Anda mungkin juga dapat merasakan simptom-simptom kehamilan.
Pendarahan berlebihan daripada faraj selepas keguguran boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
keguguran yang tidak lengkap (masih terdapat bahagian bayi yang tertinggal di dalam rahim)
Jangkitan Keradangan Pelvis (“Pelvic Inflammatory Disease” - akibat jangkitan kuman selepas prosedur tersebut)
Penyakit mudah berdarah (seperti pengambilan aspirin, Penyakit Von Wilbebrand dan lain-lain)
Luka pada serviks
Polip Endometrial (yang mungkin pecah sewaktu keguguran)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung bersama doktor kami secara terima kasih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.