
w_lia
6 tahun
Pendarahan selama tempoh 3 bulan
Saya berumur 37 tahun, pernah pasang IUCD (Jenama Monalisa) selama 1 tahun dan sy sekarang pendarahan hampir 3 bulan, sy sudah keluarkan IUCD dan still berdarah lagi, dan sekarang doktor bagi saya makan ubat duphaston, hari ke 4 saya makan ubat duphaston stop bleeding tetapi hari ke 8 saya makan ubat keluar lagi bleeding… Kenapa ya doktor?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pendarahan berlebihan adalah satu daripada kesan sampingan selepas penggunaan IUCD. Walaubagaimanapun pendarahan yang terlalu lama seperti yang anda alami memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar sakit puan. Saya sarankan puan untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang lebih lanjut.
Konsultasi doktor amat diperlukan untuk pengesahan bagi menentukan punca masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian tentang masalah ini. Terima kasih.