
Sulit
4 tahun
Pendarahan selepas makan postinor2
Saya wanita berumur 21 tahun. minggu lepas, 1 hari selepas habis haid saya berhubungan intim bersama pasangan dan saya makan postinor2 sekali gus 2 biji dalam masa 12 jam. 5 hari kemudian saya mengalami pendarahan seperti haid. adakah itu darah period atau kesan sampingan postinor2 yang telah berjaya? TQ atas keprihatinan doktor menjawab.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan postinor yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Postinor akan berkesan jika anda telah mengambil mengikut waktunya iaitu pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.