
aqilahrozalie94
5 tahun
Pendarahn selepas pemasangan IUCD
Saya baru buat pemasangan IUCD 3 hari lepas. Saya dimaklumkan oleh doktor, spotting selepas pemasangan IUCD adalah biasa. Namun, yang berlaku pada saya adalah darah seperti darah haid. Darah akan keluar sekali bila saya buang air kecil. Searuh dari pad yang saya pakai terdapat darah seperti darah period. Adakah itu normal ? Darah ni dikira juga sebagai darah haid atau tak ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, makluman doktor anda adalah betul dan ianya adalah biasa untuk berdarah selepas pemasangan IUCD. Darah haid masih boleh datang secara biasa jika IUC ini adalah copper IUCD.
Sekiranya pendarahan ini tidak terhenti-henti dalam jangka masa yang lebih panjang atau menyebabkan sakit perut atau demam, anda disarankan untuk menjumpai doktor anda untuk membincang tentang masalah ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.