Sulit
6 tahun
Penerangan pil perancang
salam sejahtera… saya zarif…saya nak bertanya kepada doktor yang lebih pakar. saya nak tahu pil perancangan macam mana yang sesuai bagi seorang ibu yang menyusukan anak. anak kami mempunyai g6pd…saya nak tahu pil atau ubat yang macam mana sesuai diambil oleh isteri saya untuk perancang, anak saya sudah berumur 11 bulan. pengambilan prencangan untuk jangka masa umur anak 4 atau 5 tahun… umur saya 29 tahun dan umur isteri 31 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kaedah perancangan keluarga bukan sahaja terhad kepada pil.
Jika isteri encik memilih untuk mengambil pil, maka ‘mini pill’ yang hanya mengadungi hormon progestin boleh diambil kerana ia tidak menganggu penghasilan susu.
Selain dari memakan pil, terdapat kaedah lain seperti suntikan perancang, IUD, kondom.
Dari penerangan encik, anak encik mengalami G6PD, oleh yang demikian saya amat sarankan untuk encik membawa isteri encik bercakap dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan mengenai kaedah perancangan yang sesuai untuk encik berdua
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































