Sulit
4 tahun
Pengajar yang menjaga anak anak frontliner yang ibubapa ada yang positif namun anak anak negatif. adakah saya berkemungkinan untuk dijangkiti walaupun pelajar yang saya mengajar negatif?
saya merupakan seorang pengajar yg mnjaga anak frontliners. dua miggu sebelum ini ada beberapa pelajar yg dikuarantin kerana ada keluarga yang positive covid19 dan ada yg kontak rapat. dan adakah ada kemungkinan utk saya mndapat covid19 juga walaupun pelajar tersebut negatif ? hanya keluarga sahaja yg positif? sebab saya sekarang demam. adakah normal bila tiada bau atau rasa langsung bila selsema?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Melihat pada penerangan anda, anda boleh dikategorikan sebagai kontak kasual pesakit Covid-19. Risiko jangkitan virus ini untuk kontak kasual adalah rendah, tetapi anda sedang mengalami gejala-gejala seperti demam dan kehilangan deria bau dan rasa yang boleh dikaitkan dengan jangkitan Covid-19. Walaupun gejala anda boleh disebabkan oleh jangkitan lain, kami menasihatkan anda untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk mendapatkan kepastian mengenai status anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































