Sulit
2 tahun
Pengambilan Griseofulvin
Doktor prescribe 15 biji subat griseofulvin untuk rawatan keputihan pada 25/9. saya bercadang untuk berkahwin pada pertengahan November. Saya ada baca yang wanita plan untuk mengandung tidak boleh makan ubat ini. Perlu ke saya berhenti makan ubat ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegunaan ubat ini bagi perempuan mengandung dan ibu yang menyusu masih belum diuji tahap keselamatannya . Walaupun ubat disapu pada kulit, ianya boleh meresap ke dalam sistem sistemik iaitu aliran darah. Kajian haiwan dan manusia menunjukkan kelainan janin atau risiko kepada janin. Dadah dalam kategori ini tidak boleh digunakan oleh wanita yang sedang atau mungkin hamil.
Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan doktor anda untuk sahkan kesan sampingan yang boleh mengundang masalah kepada anda di masa hadapan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan doktor anda untuk sahkan kesan sampingan yang boleh mengundang masalah kepada anda di masa hadapan.