
Sulit
4 tahun
Pengambilan makjun atau herba melayu sebagai makanan tambahan untuk pesakit fibroid dan endo
hai. saya adalah pesakit endo dan ada cyst kiri kanan ovari saya. saya juga ada uterine fibroid berukuran 7cm. bolehke saya mengamalkan makjun kurma dhuha daripada 1 produk tempatan sebagai makanan tambahan saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mencari alternatif pemakanan yang lebih sihat tanpa menggunakan produk seperti:
- perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan nutrisi yang badan anda perlukan
- snek seperti kekacang dan buah-buahan kering (kurma dan aprikot) boleh membantu menjadi makanan tambahan yang sihat
Anda perlu merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia jika anda ingin mencuba produk yang anda nyatakan supaya ia selamat diguna dan tidak membawa apa-apa kemudaratan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.