Sulit
4 tahun
Pengambilan pil perancang dan waktu terbaik untuk bersama suami supaya tidak mudah mengandung dlm waktu terdekat
Sy mtk pnerangan tntg cre pgmbilan pil noriday yg btl spya elak mgndung…dn waktu yg tepat utk bsme suami suapya tidak mudah melekat atau mgndung dlm waktu tdekat…full bf…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, cara pengambilan pil perancang ini yang betul adalah dengan:
- Pil ini perlu diambil setiap hari secara berterusan , termasuk semasa anda datangi haid. (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil) .
- Pil perlu ditelan dengan minuman. Mereka boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
- Pil ini mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari , bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan. Anda boleh mengambilnya samada waktu pagi atau malam.
- Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam , anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Bagi menjawab soalan tentang waktu yang tepat untuk bersama adalah ketika anda tidak ovulasi iaitu hari 12-14 terutamanya. Selain itu, pemakaian kondom juga digalakkan jika merancang kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































