Sulit
2 tahun
Pengambilan supplement neurobion utk pesakit autoimune
hiii… saya ingin bertanya.saya seorang pesakit autoimune.myelin oligodendrocyte glycoprotein /"MOG,.saya nak tanya bolehkan saya mengambil supplement neurobion ?kerana saya mengalami letih,sakit pada saraf dan mudah kebas. saya sekarang dalam pengambilan ubat Azathioprine.terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui sekiranya anda sesuai untuk mengambil suplemen Neurobion memandang anda sedang menghidapi penyakit autoimmune. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya Neurobion merupakan suplemen yang mengandungi vitamin B. Ia lazimnya disarankan untuk mereka yang mengalami gangguan saraf seperti neuritis & neurobion.
Namun begitu, sebarang suplemen perlu dirujuk oleh doktor agar risiko kesan sampingan atau interaksi ubat yang berbeza boleh dinilai dengan baik.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.