
Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat ezerex
saya lelaki berumur 35 tahun dah telah berkahwin. Semasa bersama dengan isteri saya, tempoh bersama dengan isteri tidak bertahan lama (pancut cepat) . Bolehkah saya mengambil ubat ezerex supaya hubungan bersama isteri lebih lama? saya x pernah mengambil sebarang ubatan untuk sakit kronik… Apakah khasiat dan cara pengambilan ubat ezerex serta kesan sampingan ubat tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, fungsi supplemen ini ialah untuk menegangkan zakar dan memastikan ianya bertahan untuk tempoh masa yang agak lama supaya prestasi hubungan seks dapat mencapai tahap memuaskan. Selain itu, ubat ini juga akan menyebabkan golongan yang mempunyai masalah mati pucuk diselesaikan dengan membantu menegakkan serta menegangkan zakar.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh diikuti berikutan pengambilan ubat ini, bergantung kepada status kesihatan masing-masing. Kesan sampingan yang boleh diundang ialah seperti:
- Pening kepala
- Sesak nafas
- Rasa panas dalam badan
- Hidung tersumbat dan berair
- Sakit tengkuk
- Sakit pinggang
- Jantung berdegup dengan lebih laju
Oleh sebab perkara-perkara di atas, pengambilan ubat ini haruslah dipertimbangkan dengan baik oleh kaum lelaki terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Saya sarankan untuk tidak mengambil supplemen ini setiap hari dan hanya mengambil apabila perlu sahaja kerana bimbang terhadap kesan sampingan. Anda dikehendaki memastikan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang akan menjadi lebih teruk apabila mengambil ubat ini.
Selain daripada supplemen saya sarankan anda untuk:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawalan penyakit kronik
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.