
Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat tanpa pemantauan daripada doc
Saya umur 22 thn. Sejak pandemik covid 19, jari² tangan saya naik biji² air kecil. Saya mngesyaki penggunaan hand sanitizer adalah punca terjadi masalah tersebut. Saya mngalami kegatalan yg amat sangat pada bahagian yg terdapat biji² tersebut dan berlarutan sehingga pada kedua belah tangan saya terjadi ekzema. Setelah mndapatkan rawatan dan nasihat dri doc. Doc mmberikan ubat makan iaitu prednisolone 5mg, ceritizen 5mg dgn ubat sapu. Setelah habis ubat makan, biji² tersebut mula datang. Jadi saya cuma mneruskan pengambilan ubat prednisolone 5mg sahaja dgn mndapatkan dari farmasi. Walaubagaimanapun biji² air tersebut akan kembali setelah 1 atau 2 hari saya tidak mngambil ubat. Saya tidak merujuk semula doc kerana kekangan wang. Persoalan saya, adakah tindakan saya mngambil ubat tnpa pengawasan doc akan mmberikan kesan sampingan pada masa akan datang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham persoalan anda mengenai ubat yang disebutkan. Berdasarkan kenyataan anda, ubat prednisolone merupakan steroid dan memerlukan preskripsi doktor untuk memperolehinya. Selain itu, pengambilan steroid perlulah mendapatkan preskripsi dan dipantau pengambilannya kerana kesan sampingannya seperti:
- Peningkatan berat badan
- Merendahkan sistem imun (mudah mendapat jangkitan)
- Peningkatan selera makan
- Pening kepala
- Loya dan muntah
- Boleh menyebabkan kencing manis atau/dan hipertensi atau memburukkan kondisi yang sedia ada
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan gejala yang dialami oleh anda berulang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan yang lebih sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.