
Sulit
4 tahun
Pengelihatan bergegar dan kepala rasa bergoyang
Kadang-kadang masa sy duduk diam… pengelihatan saya tiba-tiba rasa bergoyang dan bergegar, dan sy rasa otak saya bergoyang ke kiri dan kanan. Masalah apa ini doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign paroxysmal positional vertigo - disebabkan organ kecil dikenali sebagai canaliths bergumpal di dalam telinga. Organ ini berperanan dalam mengekalkan sensai keseimbangan badan
- Meniere’s disease - disebakan oleh pengumpulan air dan menyebabkan perubahan dalam tekana telinga
- Vestibular neuritis or labyrinthitis - keradangan di dalam telinga
Antara sebab lain namun jarang berlaku adalah:
- Kecederaan kepala atau leher
- Masalah pada otak seperti strok atau barahproblems such as
- Ubat yang menyebabkan kerosakan telinga
- Migraine
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.