Sulit
4 tahun
Pengesahan saringan hiv?
Baru-baru ini, sya menjalani saringan hiv untuk pra perkahwinan bagi org Islam perlu menjalani ujian ini terlebih dahulu
(tarikh ujian saringan hiv 24/11)
Sebelum saya menjalankan ujian saringan, sya demam & menjalankn blood test(dari hasil blood test menyatakan sya bebas dr apa2 penyakit) pd bln pertengahan bln 10
Ujian saringan sya mendapati sya reaktif
Sya tak pernah mengadakan aktiviti berisiko sepanjang hidup saya dari hubungan seksual, tak ada faktor dari ibu, tranfer darah
Adakah sya sudah dijangkiti virus hiv & apakah tindakan yg perlu sya lakukan?
Sya akan berkahwin pd awal thn depan…apakah test & confirmation yg perlu saya jalankan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Ujian saringan HIV mempunyai kemungkinan untuk mendapat keputusan “False Positive” yang mana sesetengah keputusan menunjukkan kesilapan. Anda boleh melakukan semula ujian saringan HIV setelah anda benar-benar berasa sihat dari sebarang demam dan jangkitan kuman. Sekiranya masih menunjukkan keputusan reaktif, anda boleh meminta surat dari klinik untuk kehospital bagi ujian darah pengesahan antibodi dan HIV. Sekian