
Sulit
4 tahun
Penggunaan duphaston bagi ibu hamil
Saya seorang suami, untuk makluman Dr. isteri saya disahkan hamil dan pemeriksaan dr telah dibuat, hasil pemeriksaan dr memaklumkan isteri saya mengandung 8 minggu, saiz kandungan mengikut usia kandungn iaitu normal,
Walaubagaimanapun, dr memaklumkan terdapat pendarahan di sebelah kandungan iaitu dinding rahim. Dr meemberi ubat duphaston untuk makan 3 biji sehari selama 3 minggu. Saya nak tanya dr adakah situasi ini biasa dialami mana-mana ibu mengandung / adakah memberi kesan dan risiko kepada kandungan

4 tahun
Salam sejahtera. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Sila pastikan isteri anda mematuhi nasihat doktor dan mengambil rawatan sebagaimana yang disarankan. Segera ke hospital sekiranya berlaku sebarang pendarahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, namun talian ini bukanlah talian kecemasan. Segera ke hospital sekiranya isteri anda mengalami sebarang pendarahan. Terima Kasih.