elsiearen1810
5 tahun
Penggunaan glove sebagai alternatif hand sanitizer dan mencuci tangan menggunakan air dan sabun
Hi doktor. Saya nak tahu. Adakah benar jika kita menggunakan glove semasa keluar dari rumah, contohnya semasa membeli belah atau berjalan keluar, kita boleh elak dari terkena virus covid 19? Contohnya jika saya tiada masa untuk keluar rumah sebab saya tiada bawa hand sanitizer, jadi saya nak pakai glove. Adakah perbuatan itu selamat?
5 tahun
Salam sejahtera,
Pengunaan glove ataupun sarung tangan merupakan kaedah bagi melindungi tangan daripada terkena virus, bakteria dan apa-apa kekotoran. Namun, perbuatan ini tidak membunuh virus. Oleh itu, jika sarung anda tersentuh barangan lain, ia akan menjadi agen untuk menyebarkan virus.
Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik anda mencuci tangan mengunakan sanitizer kerana agen ini mampu untuk menyahkan virus.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.



















