Sulit
3 tahun
Penggunaan iucd selepas 6 tahun tidak bersalin
Saya berusia 36 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Anak kedua berusia 6 tahun. Bolehkah saya memakai iucd? Saya tidak mahu menambah anak lagi.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara faktor yang tidak boleh menyebabkan anda untuk guna IUCD adalah:
- Kehamilan
- Masalah struktur anantomi rahim
- Pendarahan daripada faraj
- Jangkitan pelvik
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kepastian jika anda sesuai untuk menggunakan IUCD ataupun tidak.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.