Sulit
3 tahun
Penggunaan pelincir ketika melalukan seks
hi, saya baru sahaja berkahwin dalam 2 bualn macam tu dan memang memasang niat untuk hamil. namun, jika melakukan seks kami lebih prefer untuk menggunakan lubricant (jenama durex), adakah ini akan mengurangkan kadar atau potensi untuk hamil? dan adakah dr boleh suggest any lubricants yg dapat membantu meningkatkan potensi hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pelincir ketika berhubungan bertujuan untuk mengelakkan rasa kesakitan, ia tidak menyumbang kepada potensi hamil. Anda disarankan untuk menggunakan pelincir yang berasaskan air. Pelincir jenis ini memang mudah diserap ke dalam badan wanita dan perlu ditambah-tambah penggunaannya. Anda cuma perlu mencari pelincir yang tiada parabens dan glycerin kerana ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kulat. Pelincir silicon dipercayai mempunyai bahan kimia cyclomethicone, cyclopentasiloxane dan cyclotetrasiloxane yang boleh menyebabkan kanser rahim dalam jangka masa panjang.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang anda ajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.