Sulit
6 tahun
Penggunaan Pill Yasmin
Salam sejahtera.
Bolehkah kita menggunakan pill yasmin tersebut semasa tidak period? Sebab saya kerap melakukan hubungan intim bersama pasangan saya.
Bagaimanakah cara penggunakan pill yasmin semasa tidak period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil yasmin ialah pil perancang keluarga. Pil ini mengandungi 21 pil yang harus diambil bermula dari hari pertama selepas haid tamat. Anda harus mengambil pil ini sepanjang 21 hari setiap hari tanpa gagal untuk mengelakkan kehamilan. Sekiranya anda berminat untuk mengambil pil tersebut, anda dikehendaki untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor bagi melihat kesesuaian ubat ini dengan anda kerana terdapat beberapa masalah kesihatan yang tidak dibenarkan untuk mengambil ubat tersebut. Hal ini termasuklah:
- Migraine
- Darah tinggi
- Pernah mengalami masalah darah beku
- dan sebagainya.
Saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































