Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Penggunaan postinor

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 30, 2020 7:00 AM

Sulit 2 bulan

Boleh saya tahu berapa lama postinor bertahan dalam badan sebelum atau selepas melaukan hubungan seks?
Dan adakah berkesanpada wanita yang beru lepas habis haid?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan postinor cuma berkesan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa pelindungan. Wanita yang baru habis haid biasanya mempunyai kemungkinan untuk hamil yang rendah. Namun, ianya bergantung pada individu kerana masa ovulasi bagi setiap wanita berbeza. Untuk menjawab pertanyaan anda, ubat ini memang akan masih berkesan untuk wanita yang baru habis haid. Sekiranya anda ingin berkahwin dan ingin merancang keluarga, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah lain yang lebih sesuai seperti:

  • Pil perancang gabungan hormon atau progesteron sahaja
  • Suntikan perancang
  • Implan perancang
  • IUCD

Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda tentang kaedah perancang yang sesuai bagi usia dan status kesihatan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 30 2020 07:00:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Mengandung ataupun tidak Saya wanita berusia 26tahun. Semalam saya dan suami melakukan hubungan intim. Dan sya belom bersedia untuk ada anak. Suami telah mengeluarkan sedikit sahaja sperma kedalam vagina sya , adakah sy… Baca lagi...
12 jam
Sulit
Makan pil perancang selepas berhenti haid selama seminggu Sya wanita 20an…dan saya da habis dtang haid selama seminggu.sminggu seterusnya pada hari isnin sy memula memakan pil perancang jenis regulon…sy dan suami blum brhubungan intim…ada ka ubat tu be… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Cara pengambilan ubat ubatan Saya berumur 19 tahun, saya mengamalkan evening primrose oil, dalam masa yang sama, saya nak ambil noresthisterone. Apakah yang perlu saya buat ? Adakah saya perlu berhenti mengamalkan EPO atau … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Long term effect postinor Salam doc haritu saya ada ambik postinor 2 kali berturut in two cycle lepas je habis seminggu period kali kedua ni, saya dapati ada keputihan berwarna coklat keluar. Saya juga mengalami sakit pe… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Pil perancang postinor2 Saya wanita 30an ingin bertanya,saya telah mlkukan hbngan seks tapi saya terlupa makan ubat postinor2 pada pg itu,tapi dlm tghri saya datang haid pula.perlukah saya makan ubat postinor2 atau tid… Baca lagi...
10 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15