
hfairuz.yussof
4 tahun
Penggunaan supplement utk kanak2 12 tahun ke bawah
.saya ada beli votamin c dn shine prolostrum untuk anak saya 12 tahun ke bawah…Boleh ka vitamin c dn shine prolostrum chewable tablet diambil brsama setiap hari…mohon pencerahan…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bagi kanak-kanak berumur 4-8 tahun mereka memerlukan sebanyak 25mg vitamin C sehari. Bagi kanak-kanak berumur 9-13 tahun, mereka memerlukan sebanyak 45mg vitamin setiap hari. Vitamin C boleh diambil setiap hari dan tidak mendatangkan bahaya, namun pengambilan vitamin C terlalu banyak boleh menyebabkan:
- Cirit birit
- Loya
- Muntah
- Pedih ulu hati
- Kekejangan abdomen
- Sakit kepala
- Kesukaran untuk tidur
Anda perlu mengingati bahawa anda boleh mendapatkan vitamin C yang secukupnya dari pemakanan yang seimbang.
Prolostrum chewable tablet atau erti kata lain digunakan sebagai probiotic yang digunakan untuk meningkatkan immuniti sistem penghadaman kanak-kanak. Probiotic selamat diambil setiap hari.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.