Sulit

3 tahun

Penggunaan ubat untuk budak 2 tahun

Hi. anak sy baru 2 hari sakit batuk. Batuk menjadi lebih kuat pada waktu malam. Jadi sy ke farmasi & pihak sana memberi ubat Allavin Expectorant (Batuk) & Antismine Syrup (Selesma). Puas sy google pasal ubat ini. Jadi disini sy mohon pencerahan berkenaan ubat tersebut sebab kebanyakan artikel keluar untuk ubat orang dewasa. Terima Kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Allavin Expectorant digunakan untuk melegakan batuk dan komplikasi berkaitan dengan hipersensitiviti dan manifestasi alahan saluran pernafasan seperti demam selesema, bronchitis (radang saluran yang membawa udara ke paru-paru).

Jangan mengambil Allavin Expectorant sekiranya anda:

 alergik/alah kepada sebarang ubat- ubatan yang mengandungi diphenhydramine , ammonium chloride atau bahan lain dari produk ini.

 Mempunyai porphyria
(penghasilan heme yang tidak normal yang selalunya menjejaskan sistem saraf dan kulit).

 Mempunyai sawan, kelenjar prostat membesar, kesukaran membuang air kecil, glaukoma (tekanan dalam mata tinggi) dan masalah hati.

 sedang atau telah mengambil monoamine oxidase inhibitors, iaitu ubat digunakan untuk merawat masalah kemurungan.

 hamil atau menyusukan bayi.

  • Berapa banyak harus digunakan

Dos dewasa dan kanak-kanak lebih 12 tahun
10ml tiga hingga empat kali sehari.

Dos kanak-kanak 4-12 tahun

2.5ml hingga 5ml tiga hingga empat kali sehari.

  • Bila perlu digunakan
    Ubat ini perlu diambil tiga hingga

empat kali sehari jika perlu.
Ikut arahan doktor atau ahli farmasi anda.

  • Berapa lama perlu digunakan

Ubat batuk dan selesema biasanya diambil untuk jangka masa yang singkat sahaja sehingga simptom anda hilang.

Hubungi doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan berikut dan ianya membimbangkan anda:

 mengantuk
 pening
 kehilangan koordinasi
 kekeringan mulut
 mukus menjadi pekat
 penglihatan kabur
 kesukaran atau kesakitan semasa buang air kecil
 sembelit
 degupan jantung perlahan dan sementara diikuti dengan degupan jantung laju dengan berdebar dan tidak sekata.

Berkenaan ubat antismine syrup pula:
ubat ini adalah digunakan untuk selesema.

Kesan sampingan ubat ini adalah mengantuk, pening kepala, sakit perut dan mulut kering.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

THUMBNAIL_Fotolia_64437428_Subscription_Monthly_M

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)