
rhzdhsn
5 tahun
Pengurus Syarikat Pernah Menghadiri Sidang Yang Melibatkan Kes 26-40
Hai,
Pengurus di syarikat rakan serumah saya telah hadir ke satu sidang yang melibatkan kes 26-40. Walaubagaimanapun, beliau telah disahkan negatif Covid—19. Akan terapi, salah seorang sidang yang hadir telah datang ke pejabat rakan serumah saya untuk membuat kerja-kerja pejabat untuk beberapa kali.
Rakan serumah saya kini mempunyai simptom sperti demam dan pada minggu lepas telah pulang ke Muar. Saya pula sedang mengalami sedikot masalah pernafasa , tekak berlendir dan sakit kepala ringan. Adalah kami patut membuat saringan?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Jika rakan anda disahkan negatif kemungkinan anda dijangkiti virus COVID-19 rendah. Namun, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini