
Sulit
4 tahun
Pening kepala, berputar , mual
Ibu Saya berumur 60+ rasa pening dan nmpk sekeliling berputar, adakah ini vertigo? Jika ya. Apa yang saya perlu lakukan untuk bantu ibu Saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo
- Tekanan darah rendah
- Kurang darah atau ‘anemia’
- Tekanan darah berubah akibat daripada pertukaran posisi atau ’ Postural hypotension’
- Jangkitan telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.