Sulit

2 tahun

Pening kepala dan cepat merasa penat

saya seorang wanita berumur 37 tahun dan bekerja sebagai kerani pentadbiran. sejak kebelakangan ini saya selalu mengalami pening kepala dan terasa melayang apabila menukar pergerakan badan seperti ketika bangun dari tidur dan ketika menunduk untuk mengambil barang. Saya juga merasa cepat penat dan terasa jantung berdebar dan laju walaupun ketika berehat. saya ada membuat ujian tekana darah tetapi tekanan darah saya normal sahaja. Apakah yang perlu saya lakukan. sekian terima kasih.

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda mempunyai persoalan tentang sebab anda selalu berasa pening kepala semasa menukar posisi dan cepat penat, kadang-kala jantung rasa berdebar laju semasa rehat. Simtom-simtom badan anda mungkin merupakan kombinasi atas satu sebab atau berasal dari masalah badan yang berlainan. Dicadangkan anda menjalani pemeriksaan badan secara keseluruhan, bermula dengan ujian darah.

Anda juga mungkin mengalami simtom pitam. Pitam adalah perasaan seperti anda akan pengsan dan mungkin disertai dengan penglihatan yang kabur dan hilang keseimbangan badan. Walaupun ia tidak selalu membimbangkan, pitam kadang-kala boleh menjadi tanda penyakit yang serius dan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh pengsan.

Pitam juga boleh berlaku apabila anda berdiri dengan terlalu cepat dari posisi duduk disebabkan oleh perubahan tekanan darah secara tiba-tiba.Sesetengah orang juga boleh merasa pitam ketika membuang air dan keadaan ini dikenali sebagai “situational syncope”.

Antara sebab-sebab pening kepala termasuk:

  • Vertigo – perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing**
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah atau ciri-birit
  • Anemia (kurang darah merah)
  • Hypoglisemia

Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang Pening kepala

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_241566698

AdobeStock_253863080

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)