
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan loya tekak
Saya wanita berusia 26tahun. Baru berkahwin 13 hari yang lepas iaitu pada 15/5. Saya datang bulan pada 8/5. Sejak tiga hari yang lepas, saya selalu pening kepala, kepala rasa berpusing. Dan tekak saya loya. Ditambah pula dengan mudah rasa penat dan lesu. Mood sangatlah tidak stabil. Boleh terangkan kenapa keadaan macam ni boleh berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
tekanan darah rendah
kurang kandungan gula dalam darah
migrain
hamil
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.