
Sulit
4 tahun
Pening kepala ketika duduk depan papan putih
hi, saya laila. saya seorang pelajar, umur saya 16 tahun. saya mahu tanya kepada doktor,kenapa kepala dan mata saya sakit ketika duduk di depan hadapan papan putih sekolah? bila waktu sekolah, kedudukan meja saya didepan papan putih dan selalu kepala saya akan pening/sakit dan mata saya juga sakit, kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia (kekurangan gula)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Kurang tidur atau rehat
- Masalah mata
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah ini:
- Sakit mata
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Kesukaran untuk menumpukan perhatian
- Gangguan penglihatan (kabur atau rabun)
- Gejala yang dialami mengganggu aktivit harian
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.