Sulit
2 tahun
Pening kepala yang kerap
saya masih belajar yang berumur 17tahun . saya kerap pening kepala sehingga badan saya menjadi lemah .sudah 3 hari pening kepala ni terjadi
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui kenyataan di atas, anda mengalami masalah pening kepala selama tiga hari yang disertai gejala sakit kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat
- Tidur yang tidak berkualiti
- Tekanan atau stres
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit dalaman telinga - seperti jangkitan kuman
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara langsung di atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.