
muhdf2323
5 tahun
Pening loya selesema dan batuk
saya lelaki 20’an. saya baru sahaja sembuh daripada demam tetapi kepala saya masih pening dan saya masih rasa loya sejak daripada saya demam. saya juga masih selesema dan batuk. harini sudah masuk hari ke-9 saya pening ning loya selesema dan batuk. adakah ini tanda tanda influenza? kalau bukan apa penyebab sakit ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda sebutkan boleh berpunca daripada:
- Selesema - virus influenza akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih
- Jangkitan dalaman telinga
- Kesan ubat-ubatan
- Jangkitan dalam paru-paru
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.