zakzack048
3 tahun
Pening pusing sangat
Umur saya 20…saya merasa pusing Dan perut saya kembung… Mata merasa kering dan kabur… Lemah sebelah badan tapi bole bejalan… Terjadi nya disebabkan selepas saya morokok 4 hari lepas…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- reaksi alahan terutamanya pada rokok
- keracunan makanan
- kurang nutrisi dan air yang mencukupi
- jangkitan kuman ataupun virus
- stroke
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca tuan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada tuan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah tuan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih































