Anonymous
6 tahun
Penyakit kelamin gonorrhea
Saya dapati penis saya mengeluarkan cecair. Adakah ini simptom gonorrhea? Bagaimanakah cara untuk mengetahui dan merawat penyakit ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































